Friday, February 26, 2010

JANGAN JADI JUMUD


Apa yang jumud? Siapa yang jumud? Kenapa wujud manusia jumud? Jumud adalah sempit, fanatik tak bertempat, bagai Abu Lahab dan Abu Jahal, pemuka Quraisy yang ketakutan apabila wahyu Tuhan turun melalui kata-kata Nabi Muhamad SAW menafikan 'tuhan-tuhan' mereka. Apa yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka sehingga mereka boleh melawan Tuhan? Apa yang mereka buat dalam hidup mereka? Adakah mereka takut kerana wahyu2 Tuhan itu berlawanan dengan apa yang mereka faham sebelum itu? Apa yang mereka niagakan, apa yang mereka buat untuk mengumpul kekayaan? Adakah mereka peniaga2 agama yang kononnya menjaga kesucian agama, namun akhirnya wahyu Tuhan turun mempertikaikan apa2 yang mereka lakukan itu? Tuhan membenci perlakuan kafir, mungkar, syirik dan segala penyembahan berhala. Tuhan, melalui Nabi melarang segala kemungkaran dan kezaliman yang mereka lakukan atas nama agama. Tuhan tidak mengizinkan Agama-Nya, Cahaya-Nya, Jalan-Nya dipergunakan hanya untuk kesenangan duniawi dan dikotori dengan nilai batil serta unsur kezaliman. Sedangkan Maha Suci Tuhan bukan seperti apa yang orang kafir fahami. Maha Suci Tuhan tidak berbentuk, tidak seperti manusia, tidak menindas, dan tidak zalim. Mesej 'SATU' itu perlulah difahami dengan lebih jelas. Mesej 'ADIL' pun hendaklah disucikan dari segala unsur2 kekotoran nafsu. Kerana yang adil sudah tentunya Suci, dan yang suci adalah daripada ciptaan Tuhan. Dan fitrah kejadian manusia juga daripada kejadian yang suci, bukannya kotor. Kekotoran adalah yang bersifat iblis, ego, ingkar, dan merasakan diri hebat.


Jauhilah segala yang bersifat 'kotor', dan peluklah yang 'suci'.


Wallahualam bil sawab..

1 comment:

  1. Blog about KameraMin and win an outdoor photoshoot worth rm400.

    Send us the link to your blog post. You can send in as many entries as you like. Competition ends 31 August 2010. Winner will be announce in September 2010.

    terms and conditions apply.

    ReplyDelete