Monday, February 8, 2010

Syahid Yang Berjalan



Rasullullah S.A.W Bersabda Kepada Talhah dengan penuh rasa bangga "Kita Saudara Wahai Talhah di Dunia & di akhirat sana"

Talhah bin Ubaidillah dilahirkn 28 tahun sebelum Hijrah. Beliau memeluk Islam lebih kurang 615 Masihi semasa berumur 18 tahun. Beliau terkenal sebagai seorang saudagar yang kaya raya. Menurut Ibnu Khaldun, di era Uthman, kemasukan harian Talhah dari penjuru Iraq berjumlah lebih kurang 1,00 dinar emas setiap hari. Pada zaman Nabi S.A.W, beliau turut serta dalam perang Uhud di samping peperangan yang laen selepas itu. Beliau tak dapat menyertai perang Badar disebabkn semasa itu beliau berada di Syam. Beliau mati dibunuh dalam perang Jamal pada tahun 36 Hijriah. Semasa itu beliau berusia 62 thn.

Antara sifat Talhah yang menonjol adalah sifat beraninya semasa berada di medan peperangan. Sifat ini terserlah semasa berlaku perang Uhud antara umat Islam dan kafir Quraisy, dipimpin oleh Khalid Al-Walid melakukan serangan mengejut ke atas tentera2 Islam, Nabi luka dan cedera. Di saat itu sahabat yang pertama berada di sisi Nabi S.A.W bagi melindunginya adalah Talhah bin Ubaidillah. Beliau menjadikan badannya sebagai perisai semasa menghadapi serangan musuh yang datang secara bertubi2 bertujuan bagi membunuh Nabi. Akhirnya badannya dipenuhi lebih kurang 70 kesan tikaman pedang, tusukan tombak dan anak panah. Jari2 tangannya juga putus. Jesteru bukanlah suatu yang pelik apabila Nabi berkata "Siapa yang ingin melihat seorang SYAHID YANG BERJALAN di muka bumi maka lihatlah kepada Talhah bin Ubaidillah."

Begitulah sifat serta keperibadian seorang yang unggul di dunia dan akhirat. Perjuangan dan pengorbanan menjadi keutamaan baginya demi membela AGAMA.

WALLAHU ALAM

No comments:

Post a Comment