Friday, February 26, 2010

JANGAN JADI JUMUD


Apa yang jumud? Siapa yang jumud? Kenapa wujud manusia jumud? Jumud adalah sempit, fanatik tak bertempat, bagai Abu Lahab dan Abu Jahal, pemuka Quraisy yang ketakutan apabila wahyu Tuhan turun melalui kata-kata Nabi Muhamad SAW menafikan 'tuhan-tuhan' mereka. Apa yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka sehingga mereka boleh melawan Tuhan? Apa yang mereka buat dalam hidup mereka? Adakah mereka takut kerana wahyu2 Tuhan itu berlawanan dengan apa yang mereka faham sebelum itu? Apa yang mereka niagakan, apa yang mereka buat untuk mengumpul kekayaan? Adakah mereka peniaga2 agama yang kononnya menjaga kesucian agama, namun akhirnya wahyu Tuhan turun mempertikaikan apa2 yang mereka lakukan itu? Tuhan membenci perlakuan kafir, mungkar, syirik dan segala penyembahan berhala. Tuhan, melalui Nabi melarang segala kemungkaran dan kezaliman yang mereka lakukan atas nama agama. Tuhan tidak mengizinkan Agama-Nya, Cahaya-Nya, Jalan-Nya dipergunakan hanya untuk kesenangan duniawi dan dikotori dengan nilai batil serta unsur kezaliman. Sedangkan Maha Suci Tuhan bukan seperti apa yang orang kafir fahami. Maha Suci Tuhan tidak berbentuk, tidak seperti manusia, tidak menindas, dan tidak zalim. Mesej 'SATU' itu perlulah difahami dengan lebih jelas. Mesej 'ADIL' pun hendaklah disucikan dari segala unsur2 kekotoran nafsu. Kerana yang adil sudah tentunya Suci, dan yang suci adalah daripada ciptaan Tuhan. Dan fitrah kejadian manusia juga daripada kejadian yang suci, bukannya kotor. Kekotoran adalah yang bersifat iblis, ego, ingkar, dan merasakan diri hebat.


Jauhilah segala yang bersifat 'kotor', dan peluklah yang 'suci'.


Wallahualam bil sawab..

Thursday, February 18, 2010


KENALI SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak
melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Semulia-mulia insan di dunia…

Thursday, February 11, 2010

Rasullullah S.A.W itu contoh Ikutan ku...


Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.


Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.



Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.


Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Hiduplah Dalam Kebenaran ... Nescaya ALLAH kan SAYANG~

Diolah oleh HAZZENIAL FAHME DZULKIFLY dari Blog IBNU HASYIM

Wednesday, February 10, 2010

Rasullullah Disayangi Haiwan & Tumbuhan



NABI Muhammad SAW ialah seorang insan yang berperibadi mulia serta menjaga ikutan terbaik bagi umat manusia. Peristiwa yang berlaku kepada Baginda akan membuatkan seseorang insan itu insaf dan ingin mencontohinya.

Begitulah yang berlaku kepada Uqa'il Abi Thalib. Pada suatu hari beliau keluar bersama Nabi Muhammad. Beliau melihat tiga peristiwa ajaib yang berlaku kepada Rasulullah. Perkara itu menjadikan iman di hatinya tetap serta bertambah kuat terhadap Islam.

Peristiwa pertama, ketika Uqa'il dan Rasulullah berasa haus. Mereka puas mencari punca air di beberapa tempat, namun tidak ditemuinya.

Maka, Rasulullah bersabda kepadanya: "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu dan sampaikan salam aku kepadanya serta katakan: "Jika ada pada kamu air, berilah aku minum!"

Uqa'il pun mendaki gunung itu dan berkata kepadanya seperti yang disabdakan oleh Rasulullah.


Maka, sebelum dia selesai berkata, gunung itu berkata dulu dengan fasihnya: "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa sejak Allah menurunkan ayat yang bermaksud: "(Hai orang yang beriman, jagalah diri kamu berserta keluarga kamu daripada (seksa) api neraka yang umpannya daripada manusia dan batu).

"Aku menangis kerana takut jika aku yang menjadi batu itu, maka tidak ada lagi air padaku. Ambillah air yang ada ini."

Peristiwa kedua, ketika Rasulullah ingin membuang hajat iaitu buang air besar. Di hadapannya ketika itu ada beberapa batang pohon.

Maka, Rasulullah berkata kepadanya: "Hai Uqa'il, teruslah engkau berjalan hingga ke pohon itu dan katakanlah kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata: "Supaya kamu semua datang kepadanya untuk menjadi penutup baginya kerana Baginda akan mengambil air wuduk dan membuang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon itu. Sebelum dia sempat menyelesaikan tugasnya, ternyata pohon itu sudah tumbang daripada akarnya dan mengelilingi sekitar Rasulullah hingga Baginda selesai daripada hajatnya.

Peristiwa ketiga, ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang melompat dan berlari di hadapan Rasulullah.

Unta itu lalu berkata: "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan daripada kamu."

Ketika unta yang masih belum selesai mengadukan halnya berkata, tiba-tiba datanglah daripada belakangnya seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.

Melihat orang itu, Rasulullah berkata: "Hendak apakah kamu terhadap unta ini?"

Arab kampung itu berkata: "Wahai Rasulullah, aku membeli unta itu dengan harga yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat dan jinak. Maka, akan aku sembelih saja dan manfaatkan dagingnya (ku berikan kepada orang yang memerlukannya).”

Rasulullah bertanya kepada unta itu: "Mengapa engkau menderhaka kepada tuan kamu?"

Unta itu berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak menderhaka kepadanya daripada sesuatu pekerjaan, tetapi aku tidak taat kepadanya kerana perbuatannya yang buruk.

"Kabilah yang tuan aku termasuk dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isyak.

"Jika sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak, maka aku berjanji tidak akan menderhaka kepadanya. Hal ini kerana aku takut jika Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka, sedang aku berada antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad mengambil perjanjian dengan orang Arab kampung itu bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak.

Rasulullah menyerahkan unta itu kepadanya dan dia kembali kepada tuannya.

Begitulah kehebatan Rasulullah, bukan saja manusia, malah haiwan, gunung dan tumbuh-tumbuhan turut menghormat dan menyayangi Baginda.

Di sebalik kisah itu, jika makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan takut akan azab Allah kerana melanggar perintah-Nya, manusia sepatutnya insaf akan perkara itu.

Jika unta, takut bersuhabat dengan tuannya yang meninggalkan solat, apakah manusia tidak dapat berfikiran begitu?

Tuesday, February 9, 2010

The Ultimate Muslim Warriors


بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name of Allah (swt), the Most Beneficent, the Most Merciful

Ibn Nuhaas (D. 814 H / 1393 AD) – Courage and Fear:
Abu Hurairah narrated: “The strong believer is more beloved to Allah than the weak believer” (Muslim)

The Messenger of Allah used to say: “O Allah I seek refuge in you from gloom and sorrow; from inaction and laziness; and from cowardice, stinginess and old age, and I seek refuge in you from the punishment of the grave” (Bukhari – Muslim)

Notice that the Messenger of Allah combined between seeking refuge in Allah from gloom and sorrow. For gloom is the fear of what is coming while sorrow is sadness on what has already passed. So the Muslim should not feel sorry for the past nor fear the future. And he combined between inaction and laziness for inaction is the state of the heart while laziness is the state of the body. He combined between stinginess and cowardice for stinginess is the unwillingness to give wealth for Allah while cowardice is the unwillingness to give the soul for Allah.

How to overcome fear:

Cowardice is the opposite of courage. Courage is the firmness of the heart. The heart is the essence of every good deed. The heart cannot be firm if the mind isn’t sound. If the heart is weak it leads to cowardice, and if the heart is too strong it leads to recklessness.

The coward needs to cure cowardice by eliminating its cause. If it is caused by ignorance then ignorance is cured by learning. The cause could be fear of the unknown and that is cured by experiencing situations. We find that the beginner in public speaking experiences fear in the beginning but after experience this fear is overcome. We find that when a person first meets a king they might fear the occasion and their tongue would be tied and their posture would change.

That is due to the anxiety of facing a new experience. But if that occasion is repeated many times the fear is eliminated. Original nature can be changed. It is sufficient as proof to see a Hawa child (children trained to care for snakes) grabbing a large snake that would make a brave man tremble while this same child could fear a frog because he is not exposed to frogs. Taming animals is a process of changing their original nature and it is done through training. A wolf could play with a sheep, a cat with a mouse, and a dog with a cat if they are conditioned to do so even though that is contrary to their original nature. Now if animals can change their characteristics can’t humans do the same?

Having a strong heart leads to victory. Ali was asked: “How do you defeat your enemies?” He said: “When I would meet my enemy I would believe with firm conviction that I would defeat him while he believes that I would defeat him so both myself and his self support me against him”.

Some have advised: “Believe in victory, you will be victorious”

Others say: “If you fear your enemy you have allowed an army to be sent against your heart”

We have found that the ones who died because of their fear are more than the ones who died due to their courage.

Al Tartooshi says: Courage is of three types:

1. A man who stands in front of the army asking for a challenger from the enemy to come out and face him.

2. A man who remains calm, concentrating, tranquil while the battle is ragging. And when others are succumbing to fear he has not lost his orientation and is not confused and acts in a way that proves he has control over himself.

3. A man when everyone else is defeated and is retreating remains firm calling them, and encouraging them to continue the fight.

Al Tartooshi says that the third man possesses the greatest form of courage.


Amongst the Courageous of this Ummah:
The most courageous of all mankind is the Messenger of Allah. He had the strongest heart of all. He faced the toughest of situations. Heroes would scatter from around him while he is firm. The Messenger of Allah never turned his back in battle.
In Bukhari and Muslim Anas bin Malik narrates: “The Messenger of Allah was the best of people, he was the most generous and the most courageous.”

Ali said: “When the ferocity of combat would reach its limit and the eyes would turn red we would seek refuge next to the Messenger of Allah. He would be the closest of us to the enemy.” (Muslim)

A man asked al Baraa bin Aazib: “Did you run away during the life of the Messenger of Allah?” He said: “We did. But he didn’t.” (Bukhari – Muslim)

In Uhud Ubayy bin Khalaf, riding his horse, charged towards the Messenger of Allah. Some Muslims wanted to get in the way to protect the Messenger of Allah but he told them to move aside. The Messenger of Allah picked up a spear and threw it at Ubayy who was covered in iron armor from head to toe. Nothing appeared from him except his eyes and a small opening in his neck. The spear hit him right in the neck and he fell off his horse. Even though the spear only caused a minor bruise in his neck due to the protection of the armor, Ubayy rushed back screaming: “Muhammad has killed me!” The people of Quraish checked him and said we don’t find any major injury. You are fine! He said: “Muhammad claimed he would kill me, therefore it must come to happen!” Ubayy latter died on his way back to Makkah.

The courageous of this Ummah are too many to count. On top of the list are the Sahabah whom Allah praised in Quran:
“Muhammad is the Messenger of Allah; and those with him are forceful against the disbelievers, merciful among themselves.” (Al Fath 29)

0000000001) Abu Bakr:

The courage of Abu Bakr was witnessed by the hero of the Ummah Ali bin Abi Talib.

When he was the Khalifah Ali asked: “Who is the bravest of men?” They said: “You are,” He said: “I have never dueled anyone and lost. But the bravest man is Abu Bakr. During the battle of Badr we built a shed for the Messenger of Allah and we asked who would be the bodyguard of the Messenger of Allah therein. Abu Bakr came carrying his sword and defended the Messenger of Allah for the entire day. In Makkah the disbelievers attacked the Messenger of Allah: One would pull him, the other would beat him and they would say: “Have you made the gods one God?” No one dared to go near the Messenger of Allah save Abu Bakr. He went and started fighting them and would say: “Are you going to kill a man just because he says: “Allah is my Lord!”““ Then Ali asked: “Who is better Abu Bakr or the believer of the family of Pharaoh? (His story is mentioned and praised in Quran)” The people remained quite. He said: “Why don’t you answer? In the name of Allah, one moment in the life of Abu Bakr is greater than the entire earth full of the likes of the believer of the family of Pharaoh! The believer of the family of Pharaoh was a man who concealed his faith while Abu Bakr was a man who proclaimed his faith”

Abu Bakr is the bravest man of this Ummah after the Messenger of Allah. One can note the strength of his heart during the battle of Badr, Uhud, the trench, al Hudaybiah, and Hunain. It is enough to note his steadfastness, firmness, and strengthening of the entire Ummah when the greatest disaster of all befell us: The death of Muhammad (saaws). That was when the hearts deviated, and the nation was shaken. When all the hearts where trembling the heart of the Siddeeq was firm. If the heart of Abu Bakr were placed on one side of the scale and the hearts of all the Ummah on the other, his heart would outweigh them all. The courage of Abu Bakr in his decision to fight the apostates if distributed over the hearts of the cowards on the entire face of the earth, it would be sufficient to make them brave.


0000000002) Umar bin al-Khattaab:
It is sufficient to point out that the courage of Umar was sufficient enough to make Shaytaan avoid him.

The Messenger of Allah told Umar: “O son of Khattaab: In the name of whom my soul is in His hands whenever Shaytaan sees you taking a route, he would take another” (Bukhari – Muslim)

His Islam brought strength to the Muslims. Abdullah bin Masood said: “We used to not be able to pray next to al Kaabah publicly until Umar became Muslim.

0000000003) Ali bin Abi Talib:
He was the lion of this Ummah. He never missed a battle with the Messenger of Allah except Tabook because the Messenger of Allah appointed him over Madinah in his absence. During the battle of Khaibar the Messenger of Allah said: “Tomorrow I will give the banner to a man who loves Allah and His Messenger, and Allah and His Messenger love him. He does not turn his back away in battle and Allah will make opening occur on his hands” All of the Sahabah desired that honor. The next day the Messenger of Allah called Ali and gave him the banner.

Musaab al Zubairi said: “Ali was very cautious in battle. He was swerve terrifically from his enemy and whenever he charges his enemy he would protect all his sides and when he retreats back from his charge he would be even more protective of himself. No one could get to him.

His shield was one sided. It only protected him from the front. When asked: “Don’t you fear an attack from behind?” He replied: “I never give my enemy the chance to attack me from my back”

0000000004) Talhah bin Ubaidillah:

He is one of the ten given the glad tidings of Paradise. During Uhud he shielded the Messenger of Allah with his own body causing over 70 injuries in his body. Whenever the Messenger of Allah wanted to look at the disbelievers Talhah would plead with him not to do so and would shield him with his body.

0000000005) Al Zubair bin al Awwaam:

He is also one of the ten given the glad tidings of Paradise. He was the first Muslim to draw out a sword. During the early days of Islam in Makkah a rumor spread that the Messenger of Allah was kidnapped. Al Zubair drew out his sword and went looking for him. He ran into the Messenger of Allah who asked him: “What’s wrong with you Zubair?” He said: “I heard that you were kidnapped so I came out to fight them!” The Messenger of Allah prayed for him.

Monday, February 8, 2010

Syahid Yang Berjalan



Rasullullah S.A.W Bersabda Kepada Talhah dengan penuh rasa bangga "Kita Saudara Wahai Talhah di Dunia & di akhirat sana"

Talhah bin Ubaidillah dilahirkn 28 tahun sebelum Hijrah. Beliau memeluk Islam lebih kurang 615 Masihi semasa berumur 18 tahun. Beliau terkenal sebagai seorang saudagar yang kaya raya. Menurut Ibnu Khaldun, di era Uthman, kemasukan harian Talhah dari penjuru Iraq berjumlah lebih kurang 1,00 dinar emas setiap hari. Pada zaman Nabi S.A.W, beliau turut serta dalam perang Uhud di samping peperangan yang laen selepas itu. Beliau tak dapat menyertai perang Badar disebabkn semasa itu beliau berada di Syam. Beliau mati dibunuh dalam perang Jamal pada tahun 36 Hijriah. Semasa itu beliau berusia 62 thn.

Antara sifat Talhah yang menonjol adalah sifat beraninya semasa berada di medan peperangan. Sifat ini terserlah semasa berlaku perang Uhud antara umat Islam dan kafir Quraisy, dipimpin oleh Khalid Al-Walid melakukan serangan mengejut ke atas tentera2 Islam, Nabi luka dan cedera. Di saat itu sahabat yang pertama berada di sisi Nabi S.A.W bagi melindunginya adalah Talhah bin Ubaidillah. Beliau menjadikan badannya sebagai perisai semasa menghadapi serangan musuh yang datang secara bertubi2 bertujuan bagi membunuh Nabi. Akhirnya badannya dipenuhi lebih kurang 70 kesan tikaman pedang, tusukan tombak dan anak panah. Jari2 tangannya juga putus. Jesteru bukanlah suatu yang pelik apabila Nabi berkata "Siapa yang ingin melihat seorang SYAHID YANG BERJALAN di muka bumi maka lihatlah kepada Talhah bin Ubaidillah."

Begitulah sifat serta keperibadian seorang yang unggul di dunia dan akhirat. Perjuangan dan pengorbanan menjadi keutamaan baginya demi membela AGAMA.

WALLAHU ALAM

Thursday, February 4, 2010

Keistimewaan Umat Nabi Muhammad

Keistimewaan Umat Nabi Muhammad

Pada suatu hari, Iblis datang menghadap dan berdialog dengan Nabi Muhammad. Dia menceritakan segala perbuatan jahatnya ke atas manusia semenjak daripada zaman Nabi Adam lagi. Inilah di antara dialog yang berlaku di antara Iblis dan Nabi Muhammad:

Nabi Muhammad: "Wahai Iblis terkutuk, apakah yang kamu kelirukan?"

Iblis: "Wahai Muhammad yang mulia. Sebenarnya aku keliru dan hairan dengan dua perangai manusia yang ada pada manusia iaitu, pertama, mereka mengaku mereka cinta kepada Allah tetapi mereka setia kepada aku dengan melakukan pelbagai kejahatan. Kedua, mereka marah kepada aku tetapi mereka patuhi hasutan dan godaanku."

Kemudian Allah berkata, "Wahai Iblis yang terkutuk. Demi kemuliaanku dan kebesaranku, Aku anugerahkan ke atas pengikut - pengikut Muhammad dua kebahagiaan. Pertama, cinta mereka kepadaku menjadi penebus segala kesalahan mereka. Kedua, kemarahan mereka kepada kamu juga menjadi penebus kesalahan mereka."

Selepas diberitahu perkara itu oleh Allah, Nabi Muhammad kemudian terus menyampaikan kata - kata Allah itu kepada Iblis. Iblis tercengang apabila mendengarnya.

Kemudian Nabi Muhammad berkata: "Wahai Iblis yang terkutuk. pergilah dari sini!"

Dengan perasaan hampa dan sedih Iblis itu pun pergi dari situ sambil mengenang untung nasibnya. Dia tidak sangka Allah memberi keistimewaan yang sebegitu rupa kepada pengikut - pengikut Nabi Muhammad.

7 Ayat-Ayat Cinta



7 AYAT CINTA

Sabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahhirrahmannirrahim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirrullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insya Allah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sebutlah Ia Walau di mana KITA Berada...

Tuesday, February 2, 2010

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah



Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi S.A.W menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)



Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi S.A.W menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"



Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bazzar Nabi S.A.W bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar R.A meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali R.A meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Thursday, January 28, 2010

Bila Kalamullah Berbicara



Untuk renungan bersama…

Waktu engkau masih kanak-kanak………….
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari


Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…

Baca dan pelajari lagi Aku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….
Dalam bisu dan sepi….

( dieditkan oleh Hazzenial Fahme )

Maha Suci Allah , yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.

Monday, January 25, 2010

Rajawali Terbang Tinggi Khas Buat Teman Se SyahadahKu Juga Anak BangsaKu



Dengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh Nusantara
Rentak yang sama

Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah

Langit mana pun sama
Bulan pun redha
Sinar bumi ayahku
Dan ayahmu jua

Gugur daun
Di telapak tangan
Terpijak ranting di jalanan
Aku rindu oh! kampungku

Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
Aku tak mahu dijajah lagi
Biar terkubur jasad terbujur
Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu

Dan Rajawali terbang tinggi
Rajawali terbang tinggi... terbang

Pemurah itu Milik ALLAH


Kita ditonjolkan dengan balasan/ganjaran amalan semasa di dunia apabila kita dihidupkan kembali di alam akhirat nanti. Yang pasti ialah sama ada akhirnya seorang itu ditempatkan di syurga atau neraka ALLAH, mengikut balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia yang sementara ini.

Sebagai seorang Muslim kita dalam syariat Islam terdapat ganjaran pahala yang besar dan anugerah yang melimpah dari ALLAH S.W.T, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Balasan orang yang Ingkar dengan perintah ALLAH dan RASULNYA adalah Neraka. Kita difahamkan ada beberapa perkara penghapus dosa, seperti tauhid dan ibadah-ibadah penghapus dosa seperti solat, solat jumaat ke solat yang berikutnya, umrah ke umrahnya, haji, puas dan amal soleh, lailatul qadar dan lainnya.

Dari Abu Hurairah r.a dari NABI S.A.W sabdanya yang bermaksud:

" Solat lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat berikutnya, dari Ramdhan ke Ramadhan, adalah penebus- yakni penebus dosa- antara waktu-waktu kesemuanya itu, yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya, selama dosa-dosa besar dijauhi."

Di samping itu juga terdapat penggandaan amal soleh, yakni dilipatgandakan satu kebaikan menjadi sepuluh, tujuh ratus atau bahkan lebih banyak dari itu lagi.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata " Rasulullah S.A.W bersabda.

" Sesiapa solat subuh berjemaah, kemudian ia duduk untuk zikrullah sehingga matahari terbit, setelah itu ia solat dua rakkat solat isyrak / solat dhuha, maka ia akan peroleh pahala seperti menunaikan ibadah Umrah yang sempurna".



Selain itu terdapat taubat yang dapat membersihkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, musibah-musibah sebagai penghapus dosa, kerana tidak ada satu musibah pun yang menimpa seorang muslim, melainkan dengna musibah tersebut ALLAH menghapuskan dosa-dosanya.

Juga doa dari kaum muslim untuknya yang dibacakan/dipohon tanpa pengetahuannya, penderitaan yang menimpa sakaratulmaut, syafaat kaum muslim ketika mereka berselawat (memohon ampun dan rahmat ALLAH) untuknya, syafaat Rasulullah S.A.W dan rahmat dari ALLAH S.W.T yang lain.

Sebagaimana firman ALLAH"

1.....jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya
(Surah Ibrahim: 34)

2.... Dan ALLAH telah menyempurnakan nikmat-nikmatnya kepada kamu, baik yang zahir maupun yang batin... (Surah Luqman: 29)

Oleh itu adalah menjadi kewajipan kita supaya berusaha melaksanakan perintah ALLAH S.W.T dalam amalan hidup harian serta ibadat yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T dan dilaksanakan dengan ikhlas dan memohon keampunan, taufik serta hidayahNya serta memohon kepada ALLAH untuk mendapat ganjaran serta rahmat dan syafaat Nabi S.A.W akan syurga ALLAH di akhirat nanti. Amin

Saturday, January 23, 2010

Dari ALLAH ALMARHUM datang juga kepada ALLAH ALMARHUM kembali



Di kesempatan ini Patik ingin merafakkan Sembah Takziah ke bawah Duli Tuanku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar AL HAJJ, Ibunda serta anakanda kerabat kerajaan Negeri Johor dan Segala jajahan Takluknya, di Atas keMangkatan Baginda Ayahanda Tuanku, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail AL HAJJ. Semoga Rohnya tergolong dalam golongan orang2 yang beriman dan disayangi oleh ALLAH hendaknya InsyaALLAH.



Sembah Tahniah juga patik ucapkan di atas Pemasyhuran Tuanku Sebagai Sultan Johor Darul Takzim yang baru, Patik yakin dan percaya dengan pengalaman Tuanku selama beberapa tahun sebagai Tengku Mahkota Johor dan dengan bimbingan Almarhum Ayahanda Tuanku Almarhum Sultan Iskandar, Baginda Tuanku akan menjadi penaung dan tempat berteduh bagi rakyat jelata khususnya bagi Negeri Johor Darul Takzim dan umumnya bagi negara Malaysia ini. Segala Titah perintah Tuanku, Patik Junjung di atas batu jemala Patik, daulat Tuanku!!

Manusia dan Jin Kejadian Penuh Hikmah



Pertanyaan yang selalu keluar dalam benak otak kita dan terus menerus memerlukan jawapan kita ialah kenapa Allah menciptakan manusia? Apakah hikmah disebalik kejadian manusia? Serta apa pulak tujuan penciptaan manusia di muka bumi ini?

Pertanyaan ini telah memeningkan akal manusia dalam menjawabnya, tidak kira dalam kalangan cendikiawan, orang-orang yang genius, pelajar di bawah mereka, khususnya ketika mereka menjawab pertanyaan ini dengan menggunakan ilmu kalam dan falsafah yang bersandarkan kepada akal mereka. Pokoknya taklah semua akal itu ada dalam kepeningan, kecuali akal-akal yang disinari dengan wahyu Allah, berpetunjuk dengan petunjuk-Nya, serta mengikuti Rasulullah S.A.W. Itulah akal yang akan mengetahui jawapan dari pertanyaan ini.

Kat sini kita boleh tahu yang akal itu tak mungkin boleh bersendirian untuk mengetahui aqidah, kerana aqidah itu ilmu yang berkaitan dengan hal-hal ghaib. Dalam hal-hal yang ghaib ini, jika akal ini berbicara tentangnya tanpa bersumberkan dari wahyu, maka ianya akan sesat. Kita manusia hanya mampu memikirkan sesuatu hal jika ianya masih dalam lingkungan pancaindera kita sahaja, sebagai contoh kita melihat bangunan dengan mata, jadi kita dapatlah memikirkan bagaimana manusia membina bangunan tersebut, dan sekiranya sesuatu perkara itu telah pun keluar dari jangkauan otak kita maka rujukan yang terbaik itu adalah Al-quran dan Hadith dari Rasullullah...

ALLAH S.W.T berfirman :
“Dan apakah orang yang sudah mati, dan kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya tersebut dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan “
(Surah Al-An’am ayat 122).



Mungkin jugak akal itu berfikiran dengan apa yang dia lihat dan yang dia dengar, bahawa Tuhannya, penciptanya dan memberi rezeki kepadanya adalah Allah Al-Wahid, Al-Ahad, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, ALLAH S.W.T berfirman :

“ Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, berapa banyak umat-umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Tuhan. Maka apakah mereka tidak mendengarkan dan memperhatikan. Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahawasanya kami menghalau awan yang mengandung air ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman yang daripadanya dapat dimakan binatang-binatang ternakkan mereka dan mereka sendiri . Maka apakah mereka tidak memperhatiakan ?”
(Surah As-Sajadah ayat 26-27).

Kalau kita dah tahu bahawa akal itu tidak boleh bersendirian untuk mengetahui hikmah penciptaan manusia dan jin, maka wajib bagi kita untuk mempelajari hikmah diciptakannya manusia dan jin dari Al-Quran yang tidak ada kebathilan di dalamnya. ALLAH S.W.T menjelaskan dalam Al-Quran hikmah diciptakannya jin dan manusia dalam firman-Nya :

“Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepada-Ku”
(Surah Adz-Dzariyat ayat 56).

Di dalam ayat ini ALLAH S.W.T menyatakan bahawa diciptakan jin dan manusia itu adalah untuk beribadah. Maka ibadah itulah hikmah diciptakannya manusia dan jin, dan juga kerananyalah ALLAH menciptakan LANGIT, BUMI, DUNIA, AKHIRAT, SYURGA dan NERAKA. Oleh kerana itu juga ALLAH menurunkan Nabi dan Rasul serta kitab-kitab untuk menjelaskan antara yang halal dan yang haram, dan untuk menguji kita siapa yang paling baik amalannya. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah :

“ (Dia-lah) yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Mulk ayat 2).

ALLAH S.W.T menciptakan hamba-hambaNya dan mengeluarkan mereka ke dunia ini. Lalu mengkhabarkan kepada mereka bahawa mereka akan berpindah ke alam lain. ALLAH memerintahkan mereka serta melarang mereka dan menguji mereka dengan berbagai macam syahwat yang menentang perintah serta laranganNya. Maka barang siapa yang tunduk kepada perintah Allah, Allah akan memberikan balasan yang terbaik kepadanya di AKHIRAT, dan barang siapa yang cenderung mengikut hawa nafsunya dan membuang perintah-perintah ALLAH serta melakukan laranganNya, maka baginya adalah sejelek-jelek balasan. (Lihat Tafsir As-Saadi Juz 5 hal. 429).



Kejadian seluruh hamba itu adalah untuk ibadah, akan tetapi di antara mereka ada yang diciptakan untuk ibadah tanpa mendapatkan ujian, seperti malaikat, sehinggakan ibadah itu merupakan tabiat mereka dan mereka tak inginkan selainnya. ALLAH S.W.T berkata tentang mereka :

“ Maha Suci Allah. Sebenarnya malaikat-malaikat itu adalah hamba-hamba yang di muliakan. Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka malaikat dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepadaNya.”
(Surah Al-Anbiya’ ayat 26-28).

Diantara hamba Allah ni ada yang diciptakan untuk ibadah disertai ujian kepada mereka, seperti jin dan manusia. Mereka di uji dengan berbagai macam syahwat ataupun kesenangan seperti syahwat makanan, syahwat minuman, syahwat nikah, syahwat menguasai dan lain-lain.

Sebagaimana pula mereka diuji dengan teman-teman yang buruk perangai serta keracunan pemahaman yang diterima oleh hati-hati mereka. Ujian yang lebih besar lagi adalah syaitan yang sentiasa mengintai sejak Adam dihalau dari syurga, untuk menyesatkan anak cucu Adam dan menjatuhkan mereka ke dalam kekufuran, kesyirikan, kefasikan serta kemaksiatan. Oleh sebab itu, ibadah yang merupakan kewajiban mereka itu ada ujian-ujiannya contohnya bisikan2 yang mengajak mereka berlaku kemungkaran. Maka barangsiapa yang menjawab seruan-seruan tersebut serta taat kepada syaitan, maka dia termasuk orang-orang yang menyimpang yang berhak untuk dimasukkan ke NERAKA jahanam, sebagai mana yang difirmankan oleh ALLAH S.W.T :

“ Allah berfirman : “Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka semuanya.” (Surah Shaad ayat 84-85).

Sebaliknya bagi mereka2 yang taat kepada perintah ALLAH dan mengikuti segala ajaran yang telah disampaikan oleh RASULLULLAH S.A.W, maka selayaknya bagi mereka ganjaran SYURGA di AKHIRAT kelak.

Akan tetapi tujuan yang akan dicapai manusia dalam amalan-amalan itu berbeza sesuai dengan pengetahuannya serta aqidah mereka. Di antara mereka ada yang mengenal Tuhannya dan mengetahui haq Allah atasnya, dan dia beriman akan bertemunya dia dengan ALLAH di AKHIRAT, serta dia mengetahui dunia ini hanyalah tempat persinggahan untuk menuju AKHIRAT, lalu dia mengambil apa-apa yang berguna baginya untuk dijadikan bekal yang akan dibawanya untuk mencapai keredhaan ALLAH dan SYURGANYA, maka itulah tujuan hidup yang akan dicapai dengan usahanya.

Diantara mereka jugak ada yang tak tahu menahu hal tersebut, tidak mengenali Tuhannya, tidak mengenal haq Nya, serta tidak beriman terhadap pertemuannya dengan ALLAH di AKHIRAT, bahkan dia menyangka bahawa dunia dan kelazatannya serta kehidupannya adalah sebagai tujuannya, maka dia berusaha untuk semata-mata mencari dunia, menghabiskan waktu dan umurnya untuk mengumpulkan harta, maka dunia menjadi tujuan akhir segala aktivitinya.

ALLAH S.W.T menyatakan tentang dua golongan manusia tersebut dalam ayat-Nya :

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang mereka selalu kerjakan. Sesungguhnya orang-orang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Doa mereka di dalamnya ialah : “Salam”. Dan penutup doa mereka ialah : “Alhamdulilaahi Rabbil ‘aalamin”. (Surah. Yunus ayat 7-10).



Sudah terbukti kat sini bahawa tujuan yang akan dicapai oleh setiap hamba itu adalah berbeza sesuai dengan apa yang ada dalam hatinya dari keimanan dan kekufuran. Maka mu’min yang sejati itu berusaha untuk AKHIRAT saja. Jika dia menyentuh dunia dengan badannya dan bersemangat kepada dunia dengan hatinya, sesungguhnya tak lain tak bukan dia itu tidak menginginkan kecuali untuk bekal ke AKHIRAT sebagaimana firman Allah :

“Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan AKHIRAT dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu’min, maka mereka adalah orang-orang yang usahanya di balasi dengan kebaikan”.
(Surah Al-Israa’ ayat 19).

Orang kafir yang "BAIK" itu berusaha untuk dunia saja, kerana dia tidak beriman kecuali kepada hal itu (DUNIA) saja, dan tidak cenderung kecuali hanya pada hal (DUNIA) tersebut .

Allah berfirman : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia
), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. “(Surah Al-Israa’ ayat 18).

Jadi jika seorang muslim yang berbuat maksiat, maka dia akan berada diantara keduanya.

Wallahu A’alamu bis shawab hanya ALLAH yang mengetahui Setiap KejadianNYA

NUKILAN HAZZENIAL FAHME DZULKIFLY
RUJUKAN TAFSIR ARRAHMAN ALQURAN NURKARIM
Tafsir As-Saadi

CopyrightJan2010HazzenialFahme

Wednesday, January 20, 2010

Everything in This World Pray TO ALLAH..



سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شأنك
ندعوك ونرجوا غفرانك

As I traveled through the earth
I can't help but notice
The symphony I hear all around
from the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground
Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
every ant, every plant
every breeze and all the seas
They all sing

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شأنك

ندعوك ونرجوا غفرانك


جل الله بكل كون الله
ألمح نور الله
وذكر ربي في دقات قلبي
يهتف بسم الله
خلق الله
صنع الله ما أبهاه
والأكوان تسبح بسم الله
جل الله في علاه
يا رباه يا رحمن
الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شأنك

ندعوك ونرجوا غفرانك

سبحان الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شأنك

ندعوك ونرجوا غفرانك

Tuesday, January 19, 2010

Nyawa Milik Mu, Ya Jabbarul Muttakabbir



Pada tanggal 12 Januari 2010, Dunia digemparkan dengan berita mengenai gempa Bumi yang melanda Bumi ALLAH Haiti ... Dikala manusia diseluruh dunia sedang bergembira, ALLAH menunjukkan KEKUASAANNYA di Buminya Haiti sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Republik dan salah sebuah negara di kepulauan Caribbean.... Negara yang mempunyai keluasan 27,750 kaki persegi itu diranapkan ALLAH dengan Gempa bumi kuat pada skala Richter 7.0 telah melanda Haiti pada 12 Januari 2010 yang terjadi pada pukul 4.53 petang (5.53 pagi waktu Malaysia). Gempa bumi ini kemudiannya diikuti dengan lebih daripada 10 gegaran susulan yang melebihi magnitud 5.... Bukan Sahaja Rumah2 orang awam sahaja yang musnah malah ISTANA PRESIDEN JUGA HANCUR RANAP dalam gempa bumi yang mengorbankan 200000 DUA RATUS RIBU...MASYAALLAH.... Mayat2 bergelimpangan di tepian jalan menandakan kemurkaan ALLAH atas dosa2 yang dilakukan...

Surah Ibrahim ayat 2 ALLAH berfirman yang bermaksud "Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak"




Ingin aku katakan di sini, itu baru di Haiti... Sedar atau tidak kita bahawa MALAYSIA ini juga BUMI ALLAH?? dan selayaknya DIA menunjukkan kekuasaanNYA kepada MALAYSIA... Tapi kawan2 adakah itu yang kita mahukan?? Nabi s.a.w Bersabda Tidak mahu aku lihat Umatku dibinasakan oleh ALLAH, sayangnya Nabi s.a.w kepada kita... Adakah kita juga begitu? Adakah kita sayangkan Nabi s.a.w?? KALAU sayang, marilah sama2 kita menadah tangan ke langit mengadap kiblat mendoakan agar saudara2 kita di HAITI diberikan pertolongan kerana dari ALLAH ia datang JUGA kepada ALLAH ia KEMBALI... Serta marilah kita sama2 berdoa bumi MALAYSIA ini diberkati dan dilimpahi RAHMAT dan rezeki yang mencurah2... Semoga rakyatnya bersatu padu serta saling ingat mengingati dalam KEMAKRUFAN... Aku datang dari Mu YA ALLAH AKU AKAN kembali KepadaMU...Lindungilah kami Ya ALLAH dari Syaitan Laknatullahi Alaihim serta konconya Ya ALLAH.... Lindungi Kami Juga dari bencana ALAM, Banjir, gempa bumi dan wabak2 penyakit... Sesungguhnya Engkaulah Segala Rahmat dan segala Nikmat itu di turunkan... Amiin Ya ALLAH



CopyrightJan2010HazzenialFahme

Doa Isa A.S Putera Saiyidatina Maryam



Salam, Aku ada tgk rancangan yg dikendalikan oleh ustazah Siti Norbaiyah... Dia kata baca surah ni setiap kali selepas solat...insyaAllah..murah rezeki kita nanti.-amin-

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَاء تَكُونُ لَنَا عِيداً لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً

مِّنكَ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ


114. Isa putera Maryam berdo'a: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; berikanlah rezeki Kepada kami, dan Sesungguhnya Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama".



CopyrightJan2010HazzenialFahme

Monday, January 18, 2010

Once Upon A Time In Beijing, China

Tanggal 30hb Disember 2009 hari tu , aku ke telah melawat ke sebuah bandaraya dunia yang baru setahun menganjurkan Pertandingan sukan paling berprestij di dunia iaitu SUKAN OLIMPIK iaitu BEIJING...Beijing juga adalah lebih dikenali sebagai PEKING.... Mempunyai keluasan Tanah seluas 16,801.25 km huh jauh 2 .... 13 tahun perjalanan kalau jalan kaki tuh...Peenaatt... Bandaraya yang memiliki penduduk seramai 17 juta orang ini dipecahkan kepada 16 bandar dan daerah serta daerah pendalaman...dan seperti di Malaysia, rakyatnya juga ramah serta Friendly ..Sesungguhnya perjalanan aku ke China adalah 1 episod yang aku tidak akan lupakan dalam hidupku....Perjalanan ini banyak mengajar diriku dan banyak yang dapat ku bezakan dengan perkara2 yang terjadi di MALAYSIA yang amat2 aku cintai.... Beijing juga adalah Hub pengangkutan terbesar di China... Jem huh xusah cite laa, banyak sangat kereta, sane kereta, situ kereta...Sana sini kereta... Bak kata Pak Lah dulu selepas naikkan harga minyak, "Rakyat Malaysia kena jadi seperti negara maju China, jadi rakyat2 malaysia kenalah naik basikal" kalau tak silap akulah, dah kurang sgt orang china naik basikal... Masing2 dah naik kereta... Kereta paling kecikla yang aku nampak kat Beijing tu haaa Toyota YARIS 2.... Perghh bayangkah lah Taraf hidup orang China... Gaji 1tahun boleh beli kereta CASH... Lantas aku berfikir kalau kat malaysia Gaji 1tahun nak beli kereta kancil cash pon xlepas huhu.... Kenapalah Malaysia xseperti itu?? hurmm Mungkin ada yang kata China dah lama maju jangan nak bezakan... Jadi nak bezakan dengan negara mana?? ZIMBABWE?? Seharusnya kita jadikan negara China itu contoh supaya kita lebih maju.... Baiklah kalaupun Bukan China.. Kita ambil contoh negara Singapura, Alaa jiran kita tu la.... Cuba kita bayangkan Pendapatan perkapita rakyat Malaysia adalah RM17,182 (AS$5,000) setahun berbanding pendapatan perkapita rakyat Singapura sebanyak RM103,140 (AS$30,000) setahun...Lumayan bukan... Sedangkan negara singapura tidak dilimpahkan ALLAH akan rezeki2 seperti ALLAH limpahkan kepada kita seperti MINYAK, KELAPA SAWIT dan lain2... Dimanakah silapnya?? Dalam Situasi ini tidak perlu menuding jari kepada sesiapa pun kerana ini semua silap KITA... Jadi apa harus kita lakukan... Tepuk dada TANYA IMAN...Kalau tanya SELERA alamat lagi ranaplah kita semua.... Kerana Susah dahulu barulah Timbul Senang....








Jalan Punya jalan, aku singgah ke satu tempat yang bagiku adalah tempat yang amat2 beruntung kepada sesiapa yang mengunjunginya.... The TIENANMEN FORBIDDEN CITY... Ianya menempatkan tinggalan sejarah yang amat2 berharga iaitu ISTANA KERAJAAN CHINA suatu ketika dahulu... Di sana tempat bersemayamnya Maharaja China dari Dinasti Ming hinggalah Dinasti Qing... Diceritakan Dato' Hang Tuah Laksamana Kerajaan Melayu Melaka pernah diperkenankan oleh Maharaja China untuk masuk menghadap ke dalam Istana Ini....Kedatangan Rombongan Kerajaan Melaka dikepalai oleh Laksamana Hang Tuah adalah tanda Hubungan Diplomatik antara Kerajaan China dan Melaka...Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China Dari Dinasti Ming iaitu Maharaja Yung Lo telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Bendahara Paduka diRaja Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.... Terdapat sebuah Gerbang di sebelah Timur Forbidden City iaitu The East Glorious Gate...Pada Zaman Pemerintahan Monarch China, Hanya Maharaja dan Pembesar saja yang boleh melalui Gerbang ini.... Laksamana Kerajaan MELAYU Melaka Laksamana Hang Tuah dan Bendahara Paduka diRaja Tun Perpatih Putih Pernah diberi Penghormatan untuk melalui Gerbang ini... While ordinary Chinese people were prohibited from entering the gates in the past, everybody's welcome now... because tourism is awesome, dammit, and there's money to be made off china's ancient, cultural landmarks and I am one of the luckies Man in Malaysia 2 entering this ancient kingdom..hahaha ALHAMDULLILAH.....Mula Terbayang di kotak pemikiranku, China mempunyai 1 aset berharga, 1 tinggalan yang boleh ditayang2 kepada manusia seluruh DUNIA... Tapi fikir2kanlah di mana tinggalan sejarah kita?? di mana istana EMPAYAR KERAJAAN MELAYU MELAKA dahulu?? di mana Tempat permainan Duli2 Raja Muda Melaka dahulu??? Andainya ditanya di manakah tinggalan orang2 Kita, agak2 kita nak tunjuk kat mana ye??? A FAMOSA kot?? hehehe Mungkin Dr Mahathir akan dikenang 100 tahun lagi kerana membina PUTRAJAYA... Seperti kata Seorang MELAYU ... DI BAWAH runtuhan KOTA MELAKA TERBINANYA BANDARAYA PUTRAJAYA...heheh Fikir2kanlah...





Dalam pengembaraanku aku juga tidak melepaskan peluang mendaki salah satu dari 7 keajaiban dunia iaitu THE GREAT WALL of CHINA... Berada di situ mengingatkan aku betapa kecilnya aku sebagai Hamba ALLAH di muka bumi ini, dan berada di situ juga mengenangkan aku betapa hebatnya kekuasa ALLAH kepada seluruh alam semesti ini.... Hebatnya ALLAH mengerakkan hati2 manusia ini untuk membina 1 tembok yang panjangnya 6000 km dan mengambil masa 2 tahun perjalanan... ALLAHu AKBAR, SubhanALLAH...LAHAUWALA Quataillah Billah... Melihat kepada hebatnya Binaan GREAT WALL OF CHINA Lantas aku pun berfikir tentang kejadian yang menimpa Bumi ALLAH Terengganu Darul Iman di Malaysia, yang mana binaan2 yang telah siap tidak sampai 1tahun telah pun Runtuh seperti Stadium, Stadium renang, Makmal KOmputer sekolah dan lain2 lagi... Hurmmm di manakah puncanya.. Aku rasa anak2 kecil pon tau apa puncanya bila ditanya.. fikir2kanlah semoga mendapat hidayah untuk menjadi manusia yang lebih baik... ASSALAMUALAIKUM







CopyrightJan2010HazzenialFahme