Tuesday, January 19, 2010
Nyawa Milik Mu, Ya Jabbarul Muttakabbir
Pada tanggal 12 Januari 2010, Dunia digemparkan dengan berita mengenai gempa Bumi yang melanda Bumi ALLAH Haiti ... Dikala manusia diseluruh dunia sedang bergembira, ALLAH menunjukkan KEKUASAANNYA di Buminya Haiti sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Republik dan salah sebuah negara di kepulauan Caribbean.... Negara yang mempunyai keluasan 27,750 kaki persegi itu diranapkan ALLAH dengan Gempa bumi kuat pada skala Richter 7.0 telah melanda Haiti pada 12 Januari 2010 yang terjadi pada pukul 4.53 petang (5.53 pagi waktu Malaysia). Gempa bumi ini kemudiannya diikuti dengan lebih daripada 10 gegaran susulan yang melebihi magnitud 5.... Bukan Sahaja Rumah2 orang awam sahaja yang musnah malah ISTANA PRESIDEN JUGA HANCUR RANAP dalam gempa bumi yang mengorbankan 200000 DUA RATUS RIBU...MASYAALLAH.... Mayat2 bergelimpangan di tepian jalan menandakan kemurkaan ALLAH atas dosa2 yang dilakukan...
Surah Ibrahim ayat 2 ALLAH berfirman yang bermaksud "Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak"
Ingin aku katakan di sini, itu baru di Haiti... Sedar atau tidak kita bahawa MALAYSIA ini juga BUMI ALLAH?? dan selayaknya DIA menunjukkan kekuasaanNYA kepada MALAYSIA... Tapi kawan2 adakah itu yang kita mahukan?? Nabi s.a.w Bersabda Tidak mahu aku lihat Umatku dibinasakan oleh ALLAH, sayangnya Nabi s.a.w kepada kita... Adakah kita juga begitu? Adakah kita sayangkan Nabi s.a.w?? KALAU sayang, marilah sama2 kita menadah tangan ke langit mengadap kiblat mendoakan agar saudara2 kita di HAITI diberikan pertolongan kerana dari ALLAH ia datang JUGA kepada ALLAH ia KEMBALI... Serta marilah kita sama2 berdoa bumi MALAYSIA ini diberkati dan dilimpahi RAHMAT dan rezeki yang mencurah2... Semoga rakyatnya bersatu padu serta saling ingat mengingati dalam KEMAKRUFAN... Aku datang dari Mu YA ALLAH AKU AKAN kembali KepadaMU...Lindungilah kami Ya ALLAH dari Syaitan Laknatullahi Alaihim serta konconya Ya ALLAH.... Lindungi Kami Juga dari bencana ALAM, Banjir, gempa bumi dan wabak2 penyakit... Sesungguhnya Engkaulah Segala Rahmat dan segala Nikmat itu di turunkan... Amiin Ya ALLAH
CopyrightJan2010HazzenialFahme
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment