Thursday, February 4, 2010

Keistimewaan Umat Nabi Muhammad

Keistimewaan Umat Nabi Muhammad

Pada suatu hari, Iblis datang menghadap dan berdialog dengan Nabi Muhammad. Dia menceritakan segala perbuatan jahatnya ke atas manusia semenjak daripada zaman Nabi Adam lagi. Inilah di antara dialog yang berlaku di antara Iblis dan Nabi Muhammad:

Nabi Muhammad: "Wahai Iblis terkutuk, apakah yang kamu kelirukan?"

Iblis: "Wahai Muhammad yang mulia. Sebenarnya aku keliru dan hairan dengan dua perangai manusia yang ada pada manusia iaitu, pertama, mereka mengaku mereka cinta kepada Allah tetapi mereka setia kepada aku dengan melakukan pelbagai kejahatan. Kedua, mereka marah kepada aku tetapi mereka patuhi hasutan dan godaanku."

Kemudian Allah berkata, "Wahai Iblis yang terkutuk. Demi kemuliaanku dan kebesaranku, Aku anugerahkan ke atas pengikut - pengikut Muhammad dua kebahagiaan. Pertama, cinta mereka kepadaku menjadi penebus segala kesalahan mereka. Kedua, kemarahan mereka kepada kamu juga menjadi penebus kesalahan mereka."

Selepas diberitahu perkara itu oleh Allah, Nabi Muhammad kemudian terus menyampaikan kata - kata Allah itu kepada Iblis. Iblis tercengang apabila mendengarnya.

Kemudian Nabi Muhammad berkata: "Wahai Iblis yang terkutuk. pergilah dari sini!"

Dengan perasaan hampa dan sedih Iblis itu pun pergi dari situ sambil mengenang untung nasibnya. Dia tidak sangka Allah memberi keistimewaan yang sebegitu rupa kepada pengikut - pengikut Nabi Muhammad.

7 Ayat-Ayat Cinta



7 AYAT CINTA

Sabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahhirrahmannirrahim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirrullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insya Allah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sebutlah Ia Walau di mana KITA Berada...

Tuesday, February 2, 2010

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah



Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi S.A.W menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)



Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi S.A.W menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"



Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bazzar Nabi S.A.W bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar R.A meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali R.A meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Thursday, January 28, 2010

Bila Kalamullah Berbicara



Untuk renungan bersama…

Waktu engkau masih kanak-kanak………….
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari


Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…

Baca dan pelajari lagi Aku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….
Dalam bisu dan sepi….

( dieditkan oleh Hazzenial Fahme )

Maha Suci Allah , yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.

Monday, January 25, 2010

Rajawali Terbang Tinggi Khas Buat Teman Se SyahadahKu Juga Anak BangsaKu



Dengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh Nusantara
Rentak yang sama

Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah

Langit mana pun sama
Bulan pun redha
Sinar bumi ayahku
Dan ayahmu jua

Gugur daun
Di telapak tangan
Terpijak ranting di jalanan
Aku rindu oh! kampungku

Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
Aku tak mahu dijajah lagi
Biar terkubur jasad terbujur
Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu

Dan Rajawali terbang tinggi
Rajawali terbang tinggi... terbang

Pemurah itu Milik ALLAH


Kita ditonjolkan dengan balasan/ganjaran amalan semasa di dunia apabila kita dihidupkan kembali di alam akhirat nanti. Yang pasti ialah sama ada akhirnya seorang itu ditempatkan di syurga atau neraka ALLAH, mengikut balasan amalan seseorang semasa hidup di dunia yang sementara ini.

Sebagai seorang Muslim kita dalam syariat Islam terdapat ganjaran pahala yang besar dan anugerah yang melimpah dari ALLAH S.W.T, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Balasan orang yang Ingkar dengan perintah ALLAH dan RASULNYA adalah Neraka. Kita difahamkan ada beberapa perkara penghapus dosa, seperti tauhid dan ibadah-ibadah penghapus dosa seperti solat, solat jumaat ke solat yang berikutnya, umrah ke umrahnya, haji, puas dan amal soleh, lailatul qadar dan lainnya.

Dari Abu Hurairah r.a dari NABI S.A.W sabdanya yang bermaksud:

" Solat lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat berikutnya, dari Ramdhan ke Ramadhan, adalah penebus- yakni penebus dosa- antara waktu-waktu kesemuanya itu, yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya, selama dosa-dosa besar dijauhi."

Di samping itu juga terdapat penggandaan amal soleh, yakni dilipatgandakan satu kebaikan menjadi sepuluh, tujuh ratus atau bahkan lebih banyak dari itu lagi.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata " Rasulullah S.A.W bersabda.

" Sesiapa solat subuh berjemaah, kemudian ia duduk untuk zikrullah sehingga matahari terbit, setelah itu ia solat dua rakkat solat isyrak / solat dhuha, maka ia akan peroleh pahala seperti menunaikan ibadah Umrah yang sempurna".



Selain itu terdapat taubat yang dapat membersihkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, musibah-musibah sebagai penghapus dosa, kerana tidak ada satu musibah pun yang menimpa seorang muslim, melainkan dengna musibah tersebut ALLAH menghapuskan dosa-dosanya.

Juga doa dari kaum muslim untuknya yang dibacakan/dipohon tanpa pengetahuannya, penderitaan yang menimpa sakaratulmaut, syafaat kaum muslim ketika mereka berselawat (memohon ampun dan rahmat ALLAH) untuknya, syafaat Rasulullah S.A.W dan rahmat dari ALLAH S.W.T yang lain.

Sebagaimana firman ALLAH"

1.....jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya
(Surah Ibrahim: 34)

2.... Dan ALLAH telah menyempurnakan nikmat-nikmatnya kepada kamu, baik yang zahir maupun yang batin... (Surah Luqman: 29)

Oleh itu adalah menjadi kewajipan kita supaya berusaha melaksanakan perintah ALLAH S.W.T dalam amalan hidup harian serta ibadat yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T dan dilaksanakan dengan ikhlas dan memohon keampunan, taufik serta hidayahNya serta memohon kepada ALLAH untuk mendapat ganjaran serta rahmat dan syafaat Nabi S.A.W akan syurga ALLAH di akhirat nanti. Amin

Saturday, January 23, 2010

Dari ALLAH ALMARHUM datang juga kepada ALLAH ALMARHUM kembali



Di kesempatan ini Patik ingin merafakkan Sembah Takziah ke bawah Duli Tuanku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar AL HAJJ, Ibunda serta anakanda kerabat kerajaan Negeri Johor dan Segala jajahan Takluknya, di Atas keMangkatan Baginda Ayahanda Tuanku, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail AL HAJJ. Semoga Rohnya tergolong dalam golongan orang2 yang beriman dan disayangi oleh ALLAH hendaknya InsyaALLAH.



Sembah Tahniah juga patik ucapkan di atas Pemasyhuran Tuanku Sebagai Sultan Johor Darul Takzim yang baru, Patik yakin dan percaya dengan pengalaman Tuanku selama beberapa tahun sebagai Tengku Mahkota Johor dan dengan bimbingan Almarhum Ayahanda Tuanku Almarhum Sultan Iskandar, Baginda Tuanku akan menjadi penaung dan tempat berteduh bagi rakyat jelata khususnya bagi Negeri Johor Darul Takzim dan umumnya bagi negara Malaysia ini. Segala Titah perintah Tuanku, Patik Junjung di atas batu jemala Patik, daulat Tuanku!!