Tuesday, May 8, 2012

Ber Inspirasi kan Dunia yang Tua

MANUSIA.....Saya berinspirasikan kata2 Bekas Mufti Perlis DrMAZA (Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin) .. Manusia ni terkadang terhukum bukan kerana NIATnya tetapi mereka seringkali terhukum kerana JALANnya .. Niat dah baik, dah cantik dah SUPERB ... Tapi caranya MasyaALLAH ... Nampak sangat xde keikhlasan dalam menyampaikan sesuatu perkara yang baik ... Yes memang betul ... KeIKHLASAN dan KeJUJURAN itu penting ... Wajib ada dalam setiap Manusia bergelar DAIE .. Tapi kalau nak ikutkan kepada keIKHLASAN dan KeJUJURAN Sami Buddha lebih IKHLAS dan JUJUR barang kali mengajak kepada kebaikan, tetapi adakah JALANnya baik untuk kita Sebagai UMAT ISLAM ??Tentunya TIDAK .. Manusia kadang2 terlupa, leka dan tak sensitive dengan apa yang ada disekeliling .. Mereka tahu yang sesuatu perkara itu buruk untuk dilakukan tetapi untuk melunaskan sesuatu matlamat, mereka x ambil peduli pun tentang hukum hakam agama yang telah di GAZETTE kan, dan larangan2 dalam ISLAM dan apabila ada golongan yang lain sedar akan kesalahan mereka, mereka tanpa segan silu, memandai2 menggunakan fahaman mereka sendiri tentang agama, tanpa merujuk dulu kepada yang lebih ARIF tentang perkara2 itu .. Sebab itulah sekarang ni, banyak kekeliruan yang berlaku dan tanpa disedari apa yang dirancangkan oleh musuh2 ISLAM telah tercapai dek kerana KEKELIRUAN dan tiadanya PERSEFAHAMAN sesama UMAT ISLAM itu sendiri dan pada akhirnya apa yang akan terjadi adalah kita hanya seperti BUIH2 di lautan, sesuai dengan hadith RASULLULLAH S.A.W diriwayatkan daripada Thauban R.A. , RASULLULLAH S.A.W Bersabda : “Setelah AKU wafat,setelah lama AKU tinggalkan dunia yang fana ini, UMAT ISLAM akan LEMAH. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.” Maka PARA SAHABAT R.A. bertanya, ”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda S.A.W lagi : “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka tidak ubah SEPERTI BUIH2 DI LAUTAN.” SAHABAT bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab RASULLULLAH S.A.W, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit AL-WAHN.“ SAHABAT bertanya lagi, “Apakah itu AL-WAHN?” RASULLULLAH S.A.W bersabda, “CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN MATI” Jadi apa tunggu lagi saudara2ku ... Bangunlah dari mimpi duniawi ini .. Sesungguhnya aku menulis kerana bukanlah kerana aku Umat yang BAIK ... Tetapi aku hanyalah Umat yang akan cuba sedaya upayaku untuk menghidupkan ROHku Supaya tidak mati sebelum AJALku.. InshaALLAH
-Fahme Aizuddin Dzulkifly-

Thursday, April 19, 2012

Misi Mengubah diri

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Kaya dan Maha Pemberi Rahmat. Assalamualaikum. Salam Ukhwah buat Sahabat2, kenalan2 yang didoakan agar sentiasa diberkati ALLAH selalu. Elok rasanya saya mulakan penulisan kali ini dengan sepotong Hadith Kekasih hati yang amat2 dirindui Rasullullah Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, "Seandainya Kamu bertawakal kepada ALLAH dengan sebenar2 Tawakal akan mendapat Rezeki daripada ALLAH sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada Burung yang berangkat terbang pada pagi hari dengan perut yang kosong dan kembali ke sarangnya pada petang hari dengan perut yang kenyang". Hadith riwayat Ibnu Madjah dan Tarmizi, Amacam geng?? Hebat kan ALLAH S.W.T..SubhanaALLAH. Burung2 yang terbang pun xtunggu rezeki 2 datang gedebuuuk jatuh dalam sarang, sebaliknya dia keluar dari sarang terbang mencari rezki di bumi ALLAH yang maha luas ini dan sebagai Manusia AKA Caliph ALLAH S.W.T di muka bumi ini wajiblah berusaha ubah diri, xkanlah nak duduk sahaja, duduk xbuat ape. Kenapa nak ubah diri ni?? ALLAH berfirman dalam Surah Ar-Rad “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11), kat sini menunjukkan betapa penting dan WAJIB untuk seseorang Manusia yang mengaku dirinya MUSLIM. Memang ada yang akan berkata, "Rezeki tu hak ALLAH, biar je ALLAH yang decide". Aduh2, ye memang betul rezeki tu hak ALLAH, tapi adakah layak kita mendapatkan rezeki itu kalau x mahu berusaha?? Tentunya tidak bukan.Oleh itu adalah lebih molek kalau sekarang jugak kita ambil langkah pertama untuk ubah diri. "Why" untuk berjaya mesti ditetapkan supaya pandangan untuk ke arah kejayaan tu nampak jelas serta kita boleh tau apa yang perlu dilakukan seterusnya. Akhir kata untuk kali ni, bersedia untuk berubah, saujana perubahan memang luas seluas mata memandang, kalau nak makan durian pun kita kena usaha, xkanlah kita nak makan kulit betul x??InshaALLAH saya doakan anda2 semua berjaya.Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segala2nya. Sesungguhnya aku menulis kerana bukanlah kerana aku Umat yang BAIK ... Tetapi aku hanyalah Umat yang akan cuba sedaya upayaku untuk menghidupkan ROHku Supaya tidak mati sebelum AJALku.. InshaALLAH -Fahme Aizuddin Dzulkifly- Assalamualaikum

Tuesday, March 13, 2012

Misi Menjadi Ibnu Auf R.A


Assalamualaikum Saya mulakan bicara . . Bismillahirahmanirahiim ..
Selawat dan Salam ke atas junjungan Agung Rasul Muhammad S.A.W ... Mohon berkat syafaat Baginda semoga menjadi insan cemerlang DUNIA dan AKHIRAT..

Setelah berkurun tidak menjengah blog ni, akhirnya hati terbuka untuk meluahkan apa yang telah saya lalui sepanjang minggu ini..Secara keseluruhannya, SubhanaAllah cukup HEBAT..

Saya ingin sangat nak berkongsi tentang kehebatan "THE JEWEL IN THE ISLAMIC WORLD" iaitulah tak lain dan tak bukan Sahabat Baginda S.A.W Insan yang dijanjikan Syurga oleh Baginda S.A.W.....ABDURRAHMAN AUF R.A..

Abdurrahman ni kawan2, diceritakan adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang mula2 memeluk Islam dan salah seorang sahabat yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan R.A dan Saiyidina Abu Bakar R.A .. . .Menurut Ahli sejarah, Abdurrahman Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah maksudnya kat sini beliau lahir 10 selepas Rasul S.A.W lahir..Beliau ni kawan2 hidup sebagai seorang pemuda Quraisy kat kota Mekah yang masa tu penuh dengan macam2 kemaksiatan jahiliah contohnya penyembahan berhala dan macam2 lagilah. Namun walau macammana pun Abdurrahman ni terhindar dari kejahatan yang berleluasa masa tu...Bahkan masa sebelum peluk Islam lagi, Abdurrahman dah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah satu benda yang dilarang. Macam tulah hebat sekali keperibadian sahabat Rasul S.A.W ni kawan2.

Abdurrahman dalam 1 sabda Rasul S.A.W yang bermaksud "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai tanda pujian atas usahanya menegakkan ISLAM dengan harta kekayaan. Dalam 1 lagi riwayat Rasul S.A.W pernah bersabda bermaksud "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluargaku setelah Aku wafat adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ni kawan2 Abdurrahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin Saiyidatina Aisya R.A dalam melakukan ibadah haji di bawah lindungan beliau.

Kebaikan Abdurrahman ni dapat kita lihat dalam satu kisah yang mana satu hari Abdurrahman memberikan makanan kepada tamunya, tiba2 beliau menangis lalu orang pun bertanya, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum".
Hebatkan kawan2 sahabat2 Rasul S.A.W.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang selama 74 tahun, pulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Diceritakan waktu beliau wafat, beliau ni sehelai sepinggang.. Wallahu Allam..

BERSAMBUNG> . . . . . . . . . .

Friday, February 26, 2010

JANGAN JADI JUMUD


Apa yang jumud? Siapa yang jumud? Kenapa wujud manusia jumud? Jumud adalah sempit, fanatik tak bertempat, bagai Abu Lahab dan Abu Jahal, pemuka Quraisy yang ketakutan apabila wahyu Tuhan turun melalui kata-kata Nabi Muhamad SAW menafikan 'tuhan-tuhan' mereka. Apa yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka sehingga mereka boleh melawan Tuhan? Apa yang mereka buat dalam hidup mereka? Adakah mereka takut kerana wahyu2 Tuhan itu berlawanan dengan apa yang mereka faham sebelum itu? Apa yang mereka niagakan, apa yang mereka buat untuk mengumpul kekayaan? Adakah mereka peniaga2 agama yang kononnya menjaga kesucian agama, namun akhirnya wahyu Tuhan turun mempertikaikan apa2 yang mereka lakukan itu? Tuhan membenci perlakuan kafir, mungkar, syirik dan segala penyembahan berhala. Tuhan, melalui Nabi melarang segala kemungkaran dan kezaliman yang mereka lakukan atas nama agama. Tuhan tidak mengizinkan Agama-Nya, Cahaya-Nya, Jalan-Nya dipergunakan hanya untuk kesenangan duniawi dan dikotori dengan nilai batil serta unsur kezaliman. Sedangkan Maha Suci Tuhan bukan seperti apa yang orang kafir fahami. Maha Suci Tuhan tidak berbentuk, tidak seperti manusia, tidak menindas, dan tidak zalim. Mesej 'SATU' itu perlulah difahami dengan lebih jelas. Mesej 'ADIL' pun hendaklah disucikan dari segala unsur2 kekotoran nafsu. Kerana yang adil sudah tentunya Suci, dan yang suci adalah daripada ciptaan Tuhan. Dan fitrah kejadian manusia juga daripada kejadian yang suci, bukannya kotor. Kekotoran adalah yang bersifat iblis, ego, ingkar, dan merasakan diri hebat.


Jauhilah segala yang bersifat 'kotor', dan peluklah yang 'suci'.


Wallahualam bil sawab..

Thursday, February 18, 2010


KENALI SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak
melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Semulia-mulia insan di dunia…

Thursday, February 11, 2010

Rasullullah S.A.W itu contoh Ikutan ku...


Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.


Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.



Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.


Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Hiduplah Dalam Kebenaran ... Nescaya ALLAH kan SAYANG~

Diolah oleh HAZZENIAL FAHME DZULKIFLY dari Blog IBNU HASYIM

Wednesday, February 10, 2010

Rasullullah Disayangi Haiwan & Tumbuhan



NABI Muhammad SAW ialah seorang insan yang berperibadi mulia serta menjaga ikutan terbaik bagi umat manusia. Peristiwa yang berlaku kepada Baginda akan membuatkan seseorang insan itu insaf dan ingin mencontohinya.

Begitulah yang berlaku kepada Uqa'il Abi Thalib. Pada suatu hari beliau keluar bersama Nabi Muhammad. Beliau melihat tiga peristiwa ajaib yang berlaku kepada Rasulullah. Perkara itu menjadikan iman di hatinya tetap serta bertambah kuat terhadap Islam.

Peristiwa pertama, ketika Uqa'il dan Rasulullah berasa haus. Mereka puas mencari punca air di beberapa tempat, namun tidak ditemuinya.

Maka, Rasulullah bersabda kepadanya: "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu dan sampaikan salam aku kepadanya serta katakan: "Jika ada pada kamu air, berilah aku minum!"

Uqa'il pun mendaki gunung itu dan berkata kepadanya seperti yang disabdakan oleh Rasulullah.


Maka, sebelum dia selesai berkata, gunung itu berkata dulu dengan fasihnya: "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa sejak Allah menurunkan ayat yang bermaksud: "(Hai orang yang beriman, jagalah diri kamu berserta keluarga kamu daripada (seksa) api neraka yang umpannya daripada manusia dan batu).

"Aku menangis kerana takut jika aku yang menjadi batu itu, maka tidak ada lagi air padaku. Ambillah air yang ada ini."

Peristiwa kedua, ketika Rasulullah ingin membuang hajat iaitu buang air besar. Di hadapannya ketika itu ada beberapa batang pohon.

Maka, Rasulullah berkata kepadanya: "Hai Uqa'il, teruslah engkau berjalan hingga ke pohon itu dan katakanlah kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata: "Supaya kamu semua datang kepadanya untuk menjadi penutup baginya kerana Baginda akan mengambil air wuduk dan membuang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon itu. Sebelum dia sempat menyelesaikan tugasnya, ternyata pohon itu sudah tumbang daripada akarnya dan mengelilingi sekitar Rasulullah hingga Baginda selesai daripada hajatnya.

Peristiwa ketiga, ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang melompat dan berlari di hadapan Rasulullah.

Unta itu lalu berkata: "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan daripada kamu."

Ketika unta yang masih belum selesai mengadukan halnya berkata, tiba-tiba datanglah daripada belakangnya seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.

Melihat orang itu, Rasulullah berkata: "Hendak apakah kamu terhadap unta ini?"

Arab kampung itu berkata: "Wahai Rasulullah, aku membeli unta itu dengan harga yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat dan jinak. Maka, akan aku sembelih saja dan manfaatkan dagingnya (ku berikan kepada orang yang memerlukannya).”

Rasulullah bertanya kepada unta itu: "Mengapa engkau menderhaka kepada tuan kamu?"

Unta itu berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak menderhaka kepadanya daripada sesuatu pekerjaan, tetapi aku tidak taat kepadanya kerana perbuatannya yang buruk.

"Kabilah yang tuan aku termasuk dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isyak.

"Jika sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak, maka aku berjanji tidak akan menderhaka kepadanya. Hal ini kerana aku takut jika Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka, sedang aku berada antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad mengambil perjanjian dengan orang Arab kampung itu bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak.

Rasulullah menyerahkan unta itu kepadanya dan dia kembali kepada tuannya.

Begitulah kehebatan Rasulullah, bukan saja manusia, malah haiwan, gunung dan tumbuh-tumbuhan turut menghormat dan menyayangi Baginda.

Di sebalik kisah itu, jika makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan takut akan azab Allah kerana melanggar perintah-Nya, manusia sepatutnya insaf akan perkara itu.

Jika unta, takut bersuhabat dengan tuannya yang meninggalkan solat, apakah manusia tidak dapat berfikiran begitu?